Sepasang suami isteri sedang menaiki
sepeda pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di
belakang. Mereka melalui jalan didepan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila
tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum.
Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan
suami isteri itu bertemu. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di
halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang bersepeda melalui jalan
didepan vilanya.
Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi
hati mereka sempat berbicara…
“Alangkah bahagianya mereka,” bicara hati
suami yang sedang mengayuh sepedea. “Rumah besar, duduk bersantai pula dengan
menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, villanya luas…”
Apa pula bicara hati suami yang sedang
duduk bersantai di halaman vilanya?
“Oh, romantis sungguh suami isteri itu.
Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bahagianya mendapat seorang isteri
yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah
tetapi aku tidak bahagia seperti mereka…” begitulah bisik hati si suami kaya
itu.
Justru, siapakah antara kedua-dua mereka
yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa
ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan
kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kendaraan yang berjejer, itukah
pertanda rumah tangga yang bahagia?
Jika itulah petanda bahagia, tentu saja
rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah
telah menuliskan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak
ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga
berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya. Namun, rumah tangga
Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh
teladan untuk kita ikuti.
Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikatnya
ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin
berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang
lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya. Manusia tidak
pernah merasa puas.
Bagi orang yang sakit, sehat itu bahagia.
Sebaliknya pada yang sehat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa banyak orang
yang sehat tubuh badan tetapi muram jiwanya.
Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur
itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari
daripada paparazi kerana benci dipublikasikan.
-Bahagia Itu dari Hati yang Tenang-
Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu
bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama
dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran (duniawi) bukan penyumbang
kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan
sesuatu yang maknawi sifatnya.
Manusia tidak bisa melakukan segala hal
sendiri, mengantungkan hanya kepada diri sendiri. Manusia harus bergantung
kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati
atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahasia
bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).
Bahagia itu datang dari hati yang tenang.
Hati yang tenang terlahir dari seringnya mengingat Allah. Dalam al-Quran Allah
mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah
yang dimaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.”
(Surah al-Ra’d 13: 28)
Dengan berzikir hati menjadi tenang dan
dengan ketenangan hati itulah terciptanya kebahagiaan pada diri seseorang.
Itulah arti kebahagiaan dari segi ilmiahnya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah yang
diceritakan oleh seorang istri tentang suaminya. Bayangkan, suaminya giat pergi
ke masjid, kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami
itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan dihardik,
ditampar malah ditendangnya. Lalu kita bertanya-tanya, mengapa suami yang kuat
berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber
ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?
Lalu kita bertanya, bagaimana faktor
zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar
rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan?
Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir saja sepanjang
masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak
tenang-tenang juga? Di mana salahnya?
Ada sepasang suami isteri yang
menghadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak
yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk memenuhi
kebutuhan keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana
Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan
kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus
mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang
dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.
Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada
hati berbeda? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar
menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan
hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi
kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi’li). Inilah
yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.
Zikir pada lidah, banyak yang sudah tahu.
Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir, pada saat solat, selepas solat,
membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program
zikir dalam keluarga, agar seluruh anggota keluarga berzikir secara berjemaah
diamalkan secara istiqamah. Lantunan dzikir ambil saja dari zikir-zikir yang
telah terbukti autentik dari petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.
Tidak cukup sekadar “membaca” atau
“menyebut” kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika
Subhanallah, artinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah
suci dari segala kekurangan dan kelemahan. Allah itu juga suci dari segala sifat
buruk dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah,
kurang dan hina.
Untuk menghayati zikir Subhanallah,
seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan
memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah mengerti Subhanallah itu
dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan berbagai
insiden dalam rumah tangga. Katakan “Subhanallah” apabila Allah disifatkan
dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan
sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga
kita.
Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi
praktik “Subhanallah” itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan.
Segala tindakan oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar
menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan
marah-marah, menghardik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani
berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya
Allah? Orang yang marah-marah dan mudah
naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya
dia “menyucikan” dirinya sendiri.
Ya, kebahagiaan itu datang daripada
ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir
menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang
diamalkan secara berpade antara lidah, hati dan perbuatan. Hanya zikir yang
berpadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi berbagai cobaan
dalam hidup.
Hati yang tenang akan bersyukur apabila
menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela memberi maaf apabila
difitnah, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada,
tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
-ustad pahrol mohamad juoi-
0 komentar:
Posting Komentar